RedRoseRomania
where there is love, there is life
Tuesday, 12 August 2014
Monday, 11 August 2014
RAHSIA DISEBALIK BILANGAN BUNGA ROS
Tak semua tahu maksud disebalik bilangan bunga ros yang diterima. Haa, kat sini aku nak kongsi serba sedikit rahsianya..sekadar tahu je laa naa~
1 ros Cinta pandang pertama, kaulah yang satu
2 ros Saling menyanyangi antara satu sama lain
3 ros I love you
6 ros Aku ingin menjadi milikmu
7 ros Aku tergila-gilakan kamu
9 ros Cinta yang abadi, setia hujung nyawa la katakan
10 ros Kamu adalah sempurna
11 ros Kaulah benda yang paling berharga, paling disayangi di muka bumi ini
12 ros Be my steady ( bunyi macam gentleman jaa kan)
13 ros Peminat rahsia
15 ros Saya minta maaf, tolong maafkan saya
20 ros Percayalah, aku sangat jujur padamu
21 ros Aku setia padamu
24 ros Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24 jam sehari
33 ros Menyatakan ''aku cinta padamu'' dengan lebih mendalam lagi
36 ros Aku akan ingati detik2 indah kita bersama
40 ros Cintaku padamu adalah tulen (not fake huu)
50 ros Cinta yang tiada sesalan
99 ros Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 ros Akan bahagia bersama selamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 ros Kaulah satu2nya cintaku
108 ros Jom kawin (i want this one day hehe)
365 ros Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari
999 ros Cinta yang berkekalan sampai bila2
p/s: senget itu style~ hahaha

Saturday, 9 August 2014
MAKSUD DISEBALIK WARNA BUNGA ROS
Kekadang, hati wanita ada tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Adakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupon sekadar teman biasa? Sebenarnya, bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mengandungi maksud tersirat. Jadi, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan yang saya tahu berkaitan maksud warna ros.
MAWAR MERAH
MAWAR PUTIH
Ros putih menunjukkan simbol simpati dan ketulusan hati malah, secara tradisionalnya dikaitkan dengan perkahwinan dan permulaan sesuatu perhubungan. Ros putih juga memberi makna 'honour' dan 'amazement'. Susunan ros putih ni mampu mencetuskan suasana yang dikenang sepanjang zaman.
MAWAR BIRU
Bunga ni hanyalah fantasi saja, tak wujud pon hehehe. Oleh sebab itu, ros biru melambangkan sesuatu yang tak tercapai ataupon mustahil. Jadi, anda bolehlaa beri kepada orang yang tergila-gilakan anda tapi anda tak menyukainya sama sekali. Good idea, right?
MAWAR JINGGA
Warna oren pada bunga ros itu membawa maksud keinginan ataupon semangat yang tinggi. Warna oren terhasil daripada campuran warna kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah dieertikan ialah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari kawan kepada cinta sejati. Warna yang hangat dan memberi tenaga ini juga membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan.
MAWAR HITAM
Sebenarnya bunga ros berwarna hitam memang sangat sukar ditemui (species rare kot nuhh). Hal ini dapat melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang.
MAWAR VIOLET
Ros warna nih jarang ditemui di negara kita. Namun keindahannya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Warnanya yang fantastik ialah 'perfect symbol' kepada tarikan hati. Sejambak ros violet menggambarkan cinta pandang pertama.
p/s: Setakat ni saja dulu perkongsian saya. Semoga kalian enjoy membaca entry saya nih..
Friday, 8 August 2014
BUNGA ROS BUNGA CINTA
Nama saintifik ros ialah Rosa (persis nama artis Indonesia pulak kan hehe). ROSA, bagi aku satu nama yang sedap didengar, seharum wangiannya juga. Sebab tu laa aku terJATUH CINTA dengan bunga ros ataupon lebih dikenali dengan nama MAWAR (bukan Mawar Fareeda okayy). Bunga mawar merupakan salah satu tumbuhan berbunga, tumbuhan saka yang yergolong dalam kumpulan Angiosperm. Setelah membuat kajian melalui bantuan 'Inche Google' (uhukhuk), aku dapati mawar kampung (damask rose) mengeluarkan bau yang paling kuat. Cantik pon cantik jugak mawar kampung ni, boleh tahan laa. Nak tengok? Tengoklaa kat sini
Kat luar sana, ramai yang menjadikan bunga ros sebagai pilihan utama untuk ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Haa, sebab apa ek?? kenapa bukan bunga lain? bunga bukan sekuntum beb~
Sebabnya,bunga ros ni bila dah sampai satu tempoh kematangan,ia akan mengeluarkan bunga yang sangat menawan malah keharumannya yang lembut itu, mampu membuatkan sesapa pon akan terpukau (tak caya, cubalah hee)Buktinya, saya sendiri pon dah terpukau sehingga sukar melepaskan bunga ros daripada genggaman setelah menghidu keharumannya.Haa hebat kan kuasa magis yang ada pada bunga ros ni. Sebab tu laa, dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu pula, BUNGA ROS MELAMBANGKAN BUNGA CINTA
Kuasa magis mawar ni kuat sehinggakan sebilangan besar wanita suka bila ada orang memberi mereka bunga mawar walaupon hanya sekuntum mawar. Itu pon dah cukup buat mereka bahagia di samping dapat menceriakan hari mereka juga (ceyhh, macam berpengalaman pulak kan). Tu baru dapat sekuntum mawar, belum lagi sejambak ataupon selori. Haa dapat bayang dak macam mana perasaan wanita bila dapat lebih daripada sekuntum? Bahagia tak terkata la kan~ Mesti dah rasa macam 'dunia ni ana yang punya'kann.Tapi, tak semua orang tahu makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros. Sebelum tuh, aku nak ingatkan yang tuh hanyalah sekadar informasi saja yang mungkin benar mungkin tak. Bukan 100% tepat pon just sebagai pengetahuan am sahaja hehe Kalau boleh tuh, elakkan daripada terlalu obses dengan makna2 nih suma yaa.

Thursday, 7 August 2014
Kenangan Terindah
JATI ALWAYS THE CHAMPION
Ya Allah, sungguh aku rindu semua kenangan di sekolah dulu. Setiap detik2 indah masih segar lagi di ingatanku. Saat2 aku bersama dengan kawan2 aku yang dalam gambar tuh, aku rasa bahagia, masalah aku menjadi ringan dan yang paling penting, aku kenal erti persahabatan.
Okay, aku cerita skit macam mana kami boleh berkawan rapat. Pada mulanya, kami merupakan satu pasukan rumah sukan yang sama. Let me tell you more hee. Kat sekolah aku nihh, setiap pelajar wajib menyertai rumah sukan yang ada. Antaranya ialah, JATI, CENGAL, MERBAU dan ANGSANA (kuno skit haa, men amek nama pokok jaa huu) Tapi, jangan pandang sebelah mata okay, KAMI BERJIWA KENTAL, BERSEMANGAT WAJA DAN BERWAWASAN (Ooopss terangkat bakul sendiri pulak dah hee). Semua program kebanyakannya dikendalikan mengikut rumah sukan masing2 (bukan untuk sukan saja yaa). Tu yang unik dan lain daripada yang lain skit (spesel)
Macam mana kami boleh jadi rapat begitu? Sebabnya, kami sebagai satu pasukan saling memberi komitmen dalam menjayakan sesuatu program. Kami juga mempunyai semangat pasukan yang kuat samada pompuan mahupon lelaki. Masing2 saling menyokong antara satu sama lain. Bila ada masalah, ketua akan kumpulkan suma ahli and then perbincangan akan dijalankan. So, masalah semuanya alhamdulillah laa berjaya ditangani dengan bijak setelah satu pasukan memberi kata sepakat. Persis kata mutiara "bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat" ehh! tetiba mood throwback pesal malam nih! (throwback karangan SPM)
gambar ni masa kami menerima hadiah untuk hari sukan
Alhamdulillah, aku sesangat bersyukur bila rumah sukan JATI dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN BAGI TAHUN 2014. Pecah rekod weh, sebelum nih mana penah rumah jati menang bagi keseluruhan punya. Bila time tahun kami 'pegang' alhamdulillah laa JATI bergelar juara keseluruhan. Rezeki mungkin~ (ayat orang jeles hee) yaa btol tuh rezeki. Rezeki kurniaan Ilahi ni akan datang sekiranya kita gigih berusaha untuk mendapatkannya. sekian~ hashtag jati juara selamanya~
p/s: lastly, aku nak nyanyi satu lagu nih khas untuk ahli2 jati tersayang.. dengarlah sayang~
Thursday, 24 July 2014
Tak Kenal Maka Tak Cinta
"TAK KENAL MAKA TAK CINTA" caps lock ON~ tunggu apa lagi? maihh maihh! kenal dulu dengan blog cek~ awek kedah kah kita? *cer teka* haa, lepas dah kenal dengan blog nihh, konfem aihh terpikat punya, kemudian...terbitlah rasa cinta~ *cinta pada blog*
Ehhh! apsal poyo + over eksaited sangat aku nih??? errr~ *baru perasan terlebih rasa pulak*
Maaf yaa maaf.. *buat2 muka bersalah* hee nih FIRST ENTRY aku!! ulang suara, 'first entry' harap maklum~ Sebab tu laa terlebih 'perisa' tadi hehehe *senyum sokmo*
Mesti korang tertanya2 kan, sebab apa lah aku susahkan diri buat blog nih? ehh! susahka? xsusah mana pon laa disebabkan diriku yang sangat meminati DUNIA BLOG nihh. Acewahh! haaa cuma masa jaa yang tak mengizinkanku huu~ entah kenapa malam nih tetiba aku ada mood nak buat blog haha Actually, membuat blog ni sebahagian daripada assignment yang aku terima~ Wahh! *terasa glamour sebentar*
Astagfirullah hal a'zim~ apalah yang cek mengarot nih mak oii! *abaikan*
Memandangkan, aku dah terlepas cakap pasai assignment tuh, lebih baik aku teruskan bercerita..hee Ok, kami diberikan tugasan untuk mencipta sebuah blog..*suara bernada serius* dalam blog tuh, kami dikehendaki membuat entry yang berkaitan apa2 saja yang menjadi pilihan hati~ ASALKAN, lecturer kami yang kacak+macho+hensem+ganteng (adduiii! kata seerti la pulak), dapat kasi kami markah bila diaorang baca kami punya entry~maksudnya, entry kami nih bukan sembarangan entry laa. kena kasi power laa, kasi gegar punya!! atudiaa~ Entry2 aku yang seterusnya, aku xdak laa nak mngarot sangat, sebabnya..aku nak buat yang terbaik untuk assignment aku nih! *chaiyok* aku nak dapatkan markah yang tinggi, yang cemerlang lah! aminnn~
Hok alohhh, (kecek kelate pulak) salah niat tuh wehhh! okay, hasanah *perbetulkan niat* "aku buat semua nih kerana Allah Taa'la" keputusanku hak milikNya~ aku redha apa jua keputusanku nanti.
Mudah2an Dia redha dengan segala kerja kita, kehidupan kita..yang penting..bila kita dah BERUSAHA, insyaAllah ada lah ganjarannya nanti..cuma masanya cepat ataupon lambat..sabar bah! (menyamar jadi awek Sabah pulak) hehehe ni lah untungnya dapat meneruskan pengajian di UPM Kampus Bintulu..macam2 bahasa aku dapat pelajari dengan orang sekeliling~jum2 masuk UPM ramai2 *jadi promoter tak diiktiraf* huhhh..penat~*tengok jam* Ya Allah..pukul 3.20 pagi dah!! aku pikir malam masih muda~ZZZzzzzzzzzz
p/s: ni lah penangan daripada 'dunia blog'..hmm blog ibarat diariku..tapi, di alam maya~ hehehe chauu~
Subscribe to:
Posts (Atom)