Nama saintifik ros ialah Rosa (persis nama artis Indonesia pulak kan hehe). ROSA, bagi aku satu nama yang sedap didengar, seharum wangiannya juga. Sebab tu laa aku terJATUH CINTA dengan bunga ros ataupon lebih dikenali dengan nama MAWAR (bukan Mawar Fareeda okayy). Bunga mawar merupakan salah satu tumbuhan berbunga, tumbuhan saka yang yergolong dalam kumpulan Angiosperm. Setelah membuat kajian melalui bantuan 'Inche Google' (uhukhuk), aku dapati mawar kampung (damask rose) mengeluarkan bau yang paling kuat. Cantik pon cantik jugak mawar kampung ni, boleh tahan laa. Nak tengok? Tengoklaa kat sini
Kat luar sana, ramai yang menjadikan bunga ros sebagai pilihan utama untuk ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Haa, sebab apa ek?? kenapa bukan bunga lain? bunga bukan sekuntum beb~
Sebabnya,bunga ros ni bila dah sampai satu tempoh kematangan,ia akan mengeluarkan bunga yang sangat menawan malah keharumannya yang lembut itu, mampu membuatkan sesapa pon akan terpukau (tak caya, cubalah hee)Buktinya, saya sendiri pon dah terpukau sehingga sukar melepaskan bunga ros daripada genggaman setelah menghidu keharumannya.Haa hebat kan kuasa magis yang ada pada bunga ros ni. Sebab tu laa, dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu pula, BUNGA ROS MELAMBANGKAN BUNGA CINTA
Kuasa magis mawar ni kuat sehinggakan sebilangan besar wanita suka bila ada orang memberi mereka bunga mawar walaupon hanya sekuntum mawar. Itu pon dah cukup buat mereka bahagia di samping dapat menceriakan hari mereka juga (ceyhh, macam berpengalaman pulak kan). Tu baru dapat sekuntum mawar, belum lagi sejambak ataupon selori. Haa dapat bayang dak macam mana perasaan wanita bila dapat lebih daripada sekuntum? Bahagia tak terkata la kan~ Mesti dah rasa macam 'dunia ni ana yang punya'kann.Tapi, tak semua orang tahu makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros. Sebelum tuh, aku nak ingatkan yang tuh hanyalah sekadar informasi saja yang mungkin benar mungkin tak. Bukan 100% tepat pon just sebagai pengetahuan am sahaja hehe Kalau boleh tuh, elakkan daripada terlalu obses dengan makna2 nih suma yaa.
No comments:
Post a Comment