Kekadang, hati wanita ada tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Adakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupon sekadar teman biasa? Sebenarnya, bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mengandungi maksud tersirat. Jadi, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan yang saya tahu berkaitan maksud warna ros.
MAWAR MERAH
MAWAR PUTIH
Ros putih menunjukkan simbol simpati dan ketulusan hati malah, secara tradisionalnya dikaitkan dengan perkahwinan dan permulaan sesuatu perhubungan. Ros putih juga memberi makna 'honour' dan 'amazement'. Susunan ros putih ni mampu mencetuskan suasana yang dikenang sepanjang zaman.
MAWAR BIRU
Bunga ni hanyalah fantasi saja, tak wujud pon hehehe. Oleh sebab itu, ros biru melambangkan sesuatu yang tak tercapai ataupon mustahil. Jadi, anda bolehlaa beri kepada orang yang tergila-gilakan anda tapi anda tak menyukainya sama sekali. Good idea, right?
MAWAR JINGGA
Warna oren pada bunga ros itu membawa maksud keinginan ataupon semangat yang tinggi. Warna oren terhasil daripada campuran warna kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah dieertikan ialah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari kawan kepada cinta sejati. Warna yang hangat dan memberi tenaga ini juga membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan.
MAWAR HITAM
Sebenarnya bunga ros berwarna hitam memang sangat sukar ditemui (species rare kot nuhh). Hal ini dapat melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang.
MAWAR VIOLET
Ros warna nih jarang ditemui di negara kita. Namun keindahannya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Warnanya yang fantastik ialah 'perfect symbol' kepada tarikan hati. Sejambak ros violet menggambarkan cinta pandang pertama.
p/s: Setakat ni saja dulu perkongsian saya. Semoga kalian enjoy membaca entry saya nih..
No comments:
Post a Comment